Friday, 10 February 2017

23 PERKARA ASAS “MESTI TAHU” TENTANG SERVIS KERETA


 
Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja kerja penyelenggaraan:

1. Minyak enjin.

Minyak enjin yang bukan jenis sintetik/mineral perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama3 bulan. Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.

2. Oil Filter -sama seperti minyak enjin.

Minyak mineral biasa -5000 km
Minyak Synthetic -7500 km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin itu, maka tukarkan juga filter minyak sekali(oil filter)

3. Spark plug -20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.

Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau sudah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya.

4. Bateri kereta-18 bulan hingga 2 tahun,

Terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula air suling itu, Ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh"kong".

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah"top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu... so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok. Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tuan da kena compare dengan NS50 dari jenama yang lagi satu! Kalau kancil tak silap pakai NS40 atau NS40L.

5. Timing belt

60,000-80,000 untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000 km terus tukar tanpa mengira kereta apa yang digunakan.

6. Clutch plate

Clutch plate ini ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom"clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.

7. Fuel Filter

Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.

8. Air Filter

Filter Udara-di tukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri.

9. ATF -Automatic Transmission Fluid.

Minyak ni memang penting bagi yang pakai  AUTO. Dalam manual ditetapkan setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yang besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yang disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sehingga 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++ hinggaRM400++ (bergantung kepada jenis ATF). Jika anda selalu tukarATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100. (ikut kuantiti gearbox kereta).

10. Gear Oil -untuk mereka yang pakai manual gear box.

 Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh ditukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid -

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant

Sebotol RM8-RM15... selalunya berwarna hijau! 60,000km bolehlah tukar sekali. Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasaa je tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt -

Belt-belt ini perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ini. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ini letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian"ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut"km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai"preventive maintenance". Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelakkan dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat gant itu perlu ditukar.

15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yang disyorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya"shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterangkan di atas.

16. Minyak enjin mineral untuk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik untuk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik untuk15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak"cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang5 tahun), setiap20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama -isi gearbox treatment. Minyak gear ATF -ditukar setiap 20,000km. Sama macam di atas.

18. Flush? kalau dalam buku tak diberitahu-maka tidak perlu. Air filter pun sama-20,000km. Coolant -tukar setiap 20,000km. Nak tukar setiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling atau RO water.

19. Water pump -ditukar apabila setiap kali menukar timing belt. Spark plug -every 20,000km. Atau selagi plastik kat tengah tu masih putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak-engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket -tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 70k -80,000km atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Inipun sudah dikira major work. Brake pad -tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mencengkam. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake -pun sama. Kebiasaannya brake belakang tahan lebih lama dari brake depan.

21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam silinder head. Secara asasnya pertukaran timing belt pada setiap100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses ‘wear and tear’ timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Makaitu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjinV6 bagi model sebelum tahun1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu= 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya  menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu:-

Camry ACV30 -enjin2AZ-FE 2000cc
Corolla AltisZZE121 -enjin1ZZ-FE 1600cc
ViosNZE10 -enjin1NZ-FE 1500cc

23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin I-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sediakala.

Kredit kepada:

*Encik Fazrul Mustaqim
*Kolej Komuniti Bandar Darulaman Jitra.